Sabtu, 20 Oktober 2012

Piala Malaysia : Kelantan vs ATM


Demam Bola Sepak Piala Malaysia 2012 Melanda! Selepas Kelantan menewaskan Selangor dengan mendahului 3 mata. Kini, giliran Angkatan Tentera Malaysia(ATM) yang menewaskan Negeri Sembilan bertembung dengan pasukan Kelantan bagi merebut juara Piala Malaysia edisi ke-86.


Perlawanan bola sepak pada 20 Oktober bersamaan hari Sabtu yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam itu pastinya menjanjikan pertembungan sengit. Bagi kedua-dua pasukan ini, pastinya mereka ingin berjuang mati-matian untuk menjuarai Piala Malaysia 2012. Jika tersilap langkah, pasukan tersebut pasti akan gagal. Namun, penampilan kedua-dua pasukan ini usah dipandang enteng kerana mereka telah mencatatkan keputusan yang memberansangkan di peringkat kelayakan.


 Walaupon Faiza bukanlah fanatik bab Bola tak macam anak2 & asben tapi sebabkan banyak yang tulis tentang Piala Malaysia so Faiza pon nak share la same2 dengan u olls. Apa-apa pun, nantikan perlawanan bola sepak Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN SAYA