Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada perlawanan final di Stadium Shah Alam malam tadi. Dengan ini Kelantan juga mencipta sejarah tersendiri merangkul 3 kejuaraan dalam satu musim. Sebelum ini Kelantan bergelar Juara Piala FA 2012, Juara Liga Super 2012 dan kini Juara Piala Malaysia 2012.
Perlawanan antara Kelantan dan ATM berlangsung sengit dan penuh debaran.
Kedua-dua pasukan beraksi dengan sepenuh hati dan semangat juang yang
tinggi. Gol pendahuluan Kelantan hadir menerusi Norshahrul Talaha pada
minit ke-44 manakala ATM menjadikan kedudukan 1-1 menerusi Rezal Zambery
pada minit ke-48.
Namun Norshahrul kembali meledak pada
minit ke-50. Ketinggalan 2-1 langsung tidak mematahkan semangat ATM
untuk terus mengasak. Dan gol penyamaan dihasilkan oleh Marlon James
pada minit ke-62. Kedudukan kekal 2-2 sehingga masa kecederaan selepas
melewati 90 minit permainan.
Perlawanan
berlanjutan ke masa tambahan dan gol kemenangan Kelantan diperoleh
menerusi Indera Putra Mahyuddin pada minit ke-95. Tahniah buat pasukan
Kelantan, dan tahniah juga kepada ATM yang berjaya muncul naib juara
Piala Malaysia 2012.
Kerajaan Kelantan mengisytiharkan Ahad 21 Oktober 2012 sebagai cuti
umum sempena kejayaan pasukan negeri itu mara ke final bola sepak Piala
Malaysia menentang Angkatan Tentara Malaysia (ATM).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, langkah itu diambil bagi
memberi keselesaan kepada peminat dan penyokong Kelantan yang pulang
daripada menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam, Selangor
“Dengan kemudahan cuti itu, rakyat Kelantan yang pulang dari
meyaksikan perlawananan itu tidak akan tergesa-gesa untuk balik bekerja
keesokan harinya. Ini diputuskan kerajaan negeri dalam mesyuarat yang dipersetujui
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya kepada
pemberita di kediaman Menteri Besar.
Tahniah Kelantan...!!!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan