Rabu, 17 Oktober 2012

Makan Gaji vs Kerja Sendiri



Apa kaitan permulaan cerita dengan penceritaan mengenai kerja tambahan saya di atas dengan tajuk “Makan Gaji vs Kerja Sendiri” ya? Jawapannya ialah saya ingin berkongsi dengan anda mengenai pengalaman sedia ada (makan gaji) dengan pengalaman baru (kerja sendiri) yang berlaku ke atas diri saya sendiri. Apa bezanya di antara kedua-dua bidang ini? Ternyata ianya mempunyai perbezaan dari segi persekitaran dan konsep tetapi tidak lari daripada menuju kepada satu matlamat yang sama.

Kerja makan gaji selalunya melibatkan kepada kebergantungan (terikat) terhadap masa dan arahan. Tiada kebebasan yang maksimum kerana kita perlu menepati masa, arahan, peraturan dan sebagainya. Dari sudut positif, ianya mampu mendisiplinkan diri kita. Jika dipandang sebaliknya pula, ia mampu memberikan tekanan kepada seseorang pekerja. Berbanding dengan kerja sendiri, kita bebas dalam menentukan cara kerja dan masa kita. Namun, kita masih boleh mendisiplinkan diri dengan cara yang berbeza. Kegagalan menguruskan diri sendiri boleh berlaku sama ada dalam persekitaran makan gaji ataupun kerja sendiri. Ini menjadi salah satu daripada punca mengapa seseorang itu tidak berjaya dalam kedua-dua persekitaran yang disebutkan di atas. Oleh itu, walau dalam persekitaran makan gaji ataupun kerja sendiri, anda perlu bijak menguruskan diri sendiri yakni mendisiplinkan diri sendiri.

Dengan tekanan arahan dari pihak atasan (bos anda) yang kadang-kala melebihi kemampuan diri anda untuk mengikuti arahan mereka membuatkan ramai di kalangan pekerja makan gaji berasa tidak selesa dengan persekitaran makan gaji. Saya sendiri pernah merasainya hinggakan saya tidak bermotivasi untuk bekerja. Namun, ini adalah realiti apabila anda digajikan. Anda mesti belajar menerima arahan dan melaksanakannya kerana anda telah dibayar gaji. Keselesaan setiap bulan gaji pasti ada telah membantutkan seseorang untuk keluar daripada persekitaran ini.

Bekerja sendiri pula mempunyai cabaran yang berbeza. Mungkin nampak mudah tetapi realitinya adalah berbeza. Anda memerlukan kekuatan dalam diri jika mahu duduk dalam persekitaran ini. Namun, ganjaran yang bakal diperolehi (dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi) mungkin jauh meninggalkan persekitaran kerja makan gaji. Anda bebas mengaturkan masa anda. Anda bebas menentukan pendapatan bulanan anda.

Kerana ingin meningkatkan pendapatan bulanan saya bagi mencapai matlamat melangsaikan segala hutang yang ada, saya mengambil inisiatif sendiri dengan menceburi persekitaran kerja sendiri. Walau bagaimanapun, saya masih tidak meninggalkan kerja makan gaji saya kerana saya masih di peringkat permulaan dalam berbisnes. Ini adalah usaha saya untuk mencari pendapatan tambahan selain bergantung kepada kerja makan gaji. Sekurang-kurangnya saya telah bermula walaupun tidak sepenuhnya. Jika diizinkan Allah dengan memberikan kejayaan kepada saya dalam bisnes yang dijalankan, InsyaAllah saya pasti berhenti kerja makan gaji. Kenapa?

Kerana bagi diri saya, kerja makan gaji membataskan segala-galanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN SAYA