Rabu, 17 Oktober 2012

Checklist Keperluan Bersalin



Holla...Biasela ble dah hujung2 tahun nie confirm byk wedding invitation & tak lupa jg ramai yg preggy. Before that Faiza dah share ttg Checklist Bakal Pengantin so now Faiza nak kongsikan 'bout checklist keperluan bayi & ibu yang perlu dipersiapkan sebelum kelahiran plak. Mommies to be kat luar sana pun for sure masing-masing excited dok sibuk membuat preparation untuk newborn kan?

Senarai keperluan yang Faiza listkan di bawah ni adalah senarai peribadi yang Faiza refer from many websites then Faiza compilekan ikut suka hati. Bolehlah dijadikan reference. Tapi tak semestinya semua nak kena ikut.. Beli ikut keperluan... kalau rasa tak perlu, tak payah beli. Kalau pengalaman pertama kali ni, biasalah kalau boleh semua benda nak masuk dalam list.. hehe...kalau yang ke2, ke3 & seterusnya dah boleh guna balik barang2 sebelumnya kalau masih elok. Jangan membazir...

Jom check it out!



* Untuk Ibu *
  1. Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
  2. Kad Pengenalan
  3. Telefon Bimbit
  4. Bengkung Lama gantikan dengan Koset Premium Beautiful
  5. Baju/Blouses (5 helai)
  6. Stokin (2 pasang)
  7. Kain Batik (3 helai)
  8. Baju/Seluar Dalam (5 pasang)
  9. Skaf Kepala/Ki/Tudung (2 helai)
  10. Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
  11. Majalah/Buku
  12. Tuala Mandi
  13. Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
  14. Tuala Muka (1 helai)
  15. Selipar
  16. Kamera
  17. Air/Minyak Selusuh
  18. Minyak Angin
  19. Air Zam Zam
  20. Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
  21. Termos Air Panas
  22. Bag Plastik
  23. Baju Sejuk (Sweater)
  24. Sikat
  25. Breast Pad
  26. Nursing Bra
  27. Jamu gantikan dengan Maharani

 * Untuk Bayi *
  1. Baby Diapers ( 6 keping)
  2. Baju ( 3 pasang)
  3. Minyak Telon
  4. Baby Wipes/Wet Tissue
  5. Tuala Mandi
  6. Stokin/Sarung Tangan Bayi (4 pasang)
  7. Peralatan Mandi
  8. Selimut/Bedung
  9. Barut
  10. Topi
Agak-agak terlalu awal ke nak beli semuanya dalam tempoh kandungan mencecah 7 bulan ye? Hurm.. tak kot... To be safe, better persiapkan lebih awal. Atau beli sikit-sikit supaya duit tak terasa keluar.. Plus, Faiza takut kalau-kalau baby dalam perut nak keluar lebih awal daripada waktunya.. Bukanlah mintak nak keluar awal.. Who's know kan? So, berjaga-jaga..!

Those barang-barang keperluan yang memang diperlukan just after delivery ofcoz kena beli dulu. Barang-barang yang tak perlu macam stroller, car seat, etc... Bolehlah beli selepas bersalin nanti.. 


Nota: Rasa macam banyak la pulak nak kena standby, mungkin ini senarai keperluan di hospital kerajaan, berdasarkan pengalaman bersalin di hospital swasta, keperluan bayi hanya sediakan untuk balik sahaja. Maknanya, kalau 3 hari kat hospital, 3 hari juga la pakai baju, bedung, diapers yg hospital sediakan.. Untuk ibu,pandai2 la sediakan ye… :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN SAYA