Alhamdulillah...berkat dengan rezeki yang dikurniakan kepada kami sekeluarga, dapatlah kami adakan Mini Open House pada hari raya kali ini. Yela...seminggu beraya di kampung, tak sempat nak beraya rumah kawan-kawan, sedara mara...
Majlis yang pada asalnya hanya bagi menjemput rakan-rakan serta sanak saudara secara sederhana menjadi majlis yang very happening dengan kehadiran tetamu yang di luar jangkaan.
Seawal pagi Fieza membantu Mak di dapur bagi menyiapkan juadah yang akan dihidangkan kepada tetamu yang datang pada majlis tu.
![]() |
| Wif My Luvly Mom |
Selesai memasak, Fieza pon ambik peluang touch up rumah sikit bagi nampak kemas & selesa pada tetamu yang datang.
Menu Open House kali ni very simple...NASI LEMAK, LAKSA UTARA, DESSERT & tak lupa mesti ada KUIH RAYA...heeee
After Solat Jumaat, tetamu mula berkunjung ke rumah kami...kunjungan tanpa henti membuatkan menu utama NASI LEMAK licin sebelum majlis berakhir...
biasala kan...hasil tangan Mak...mestila sedap...so kami pon masaklah nasi lagi...
then...licn lagi...heee...laris betul Mak punya NASI LEMAK (tauke nasi lemakla katakan)...
| Nasi Lemak |
| Laksa Utara (Perak mai...) |
| Kek Pisang |
![]() |
| Buah Limau |
![]() |
| Kuih Raya |
| Air Sarsi |
Kelam kabut jugaklah Fieza nak hidang makanan kat para tetamu...nak layan anak-anak lagi...huhu...macam-macam hal...telefon pulak tak habis-habis berdering...huish! Kalah kenduri kawin!
Tengok jam time tu baru pukul 5 petang...tapi tetamu tak putus-putus berkunjung...
kesudahannya Fieza ambil telefon, call 1-300-888-333 oder DOMINOS PIZZA...hahaha...
Nasib baikla ada alternatif lain...ermmm...kalau tak, tetamu yang datang kemudian tak dapatla makan...kihkih...
| Pizza |
Dalam hati, biar makanan habis sebab kalau tak habis, membazir pulak nanti...tapi bila makanan tak cukup rasa macam terkilan jugak...
Majlis yang dijangka berakhir sepatutnya sebelum Maghrib pon berpanjangan sehingga ke tengah malam kerana masih ada kunjungan dari kawan-kawan Fieza yang tak dapat hadir sebelah siang.
Walaupon makanan banyak yang dah habis tapi suasana berhari raya, bersalaman bersama sudah cukup memuaskan hati Fieza dan rakan-rakan.
...Dan paling terkilan kerana Fieza x sempat nak ambik gambar sepanjang majlis diadakan kerana terlalu sibuk dengan kehadiran tetamu yang di luar jangkaan.
Duit Raya...??? Fieza bagi pada kanak-kanak yang datang...walaupon penat tapi rase sronok sangat...
| Angpau Raya |
Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan Mini Open House di rumah Fieza dan harap segala kekurangan dapat dimaafkan.
![]() |
| Wif my Mom in Law (Fieza Panggil Mak Rock) |
![]() |
| Wif my Sis in Law (Lagi sorang dah balik-Alin) |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan