Isnin, 11 Februari 2019

Genting Highlands 2019

Assalamualaikum...
Wow lamanya tak bersiaran kan. Berhabuk dah blog ni. Actually asyik tak sempat nak post je. Lately sibuk dengan keje hakiki & rutin harian dari pagi hingga ke malam.

Well sempena cuti panjang CNY 2019, CikZa plan bawa anak-anak mendaki Genting Highlands. Lama giler kot tak pegi. Lebih 20 tahun rasanya. Time kecik dulu Mak Abah ada bawa pastu bila dah besar, dah keje memang tak pernah jejak kaki pon kat asana. Cik Asben pon sama. Tapi takdelah lama sangat nak dibandingkan dengan CikZa. Atleast time bujang dulu pernah jugak jejak kaki dengan kawan-kawan dia kat GH ni. Tu pon kisah 15 tahun lepas katenye. Thats why la kami anak beranak teruja nak bawa anak-anak explore perubahan kat GH yang menajdi bualan manusia kini.


Seawal pagi CikZa bangun bersiap apa yang patut. Anak-anak takyah cakapla. Depa bila bagitau malam tadi nak pegi GH, senang je bangun sendiri pagi ni. Mandi dan bersiap. Sempat jugaklah kami bersarapan di Restoran Al-Madinah, dekat dengan rumah.

Dah kenyang isi perut, singgah pulak beli kasut anak-anak. CikZa pon dapat sepasang, Cik Asben belikan. Kiranya pakej beli untuk anak, Mak pon dapat sekali. Hehe.


Pukul 10.15 pagi baru kami mulakan perjalanan ke GH menaiki kereta KANCIL TURBO Cik Asben. Padahal cadangan awal nak naik public transport je. 1st time try bawa kancil walaupon hati yakin tak yakin je boleh sampai. Kalau bawa perdana memang tak berani la. Mengaum pulak enjin auto tu nanti. Haha. Tapi sebab Cik Asben memang confident boleh lepas, so Cik Za pon confidentla jugak. Jarak dari Batang Kali ke Genting Highlands hanya 30km so means dalam setengah jam dah boleh sampai. Ingatkan jauh, dekat je pon rupanya. Haha.


Alhamdulillah berjaua jugak sampai di Awana Skyway, Genting Highlands tanpa sebarang masalah. Cayalah KANCIL...hehe. So apalagi kami pon teruskan perjalanan ke GH menaiki kereta kabel plak. Anak-anak memang seronok. Mungkin takot pon ade. Ye la pengalaman pertama depa kan naik kereta kabel.





 Tiket cabel car ni ade 2 jenis. Untuk gondola biasa rm8/sehala & gondola kaca rm18/sehala. Kami pilih gondola biasa je tapi beli siap untuk 2 hala. Kena rm16/seorang. Total beli tiket rm80 tak termasuk Adik. Free untuk 2 tahun ke bawah. Adik dah 3 tahun tapi Cik Asben dukung je, jimat 1 tiket. Haha.

Orang memang ramai. Kebanyakannya pelancong luar. Walaupon ramai & beratur panjang time nak naik cabel car, servis tetap bagos. Tak tunggu lama. Dalam 10-15 minit dan sampai turn. Dalam gondola tu sempat jugakla posing dengan cameraman depa. Kalau nak beli, bayar je rm68 siap frame. Taknak frame bayar rm38 je. Kami tak ambik pon. Guna kamera fon sendiri lagi berbaloi. Haha.




Teruja memasing dok dalam cabel car sambil tengok pemandangan menghijau dari atas. Seram sejuk pon ade. Jauh jugak perjalanan dari Awana Skyway Stesen ke Taman Tema Genting Highlands. Naik bergema jugakla telinga ini dok tempat tinggi.


Tu dia pemandangan dari atas cabel car. Outdoor game masih belum siap sepenuhnya. Tengok gaya macam lambat je lagi nak siap. Takpela kami pon bukan jenis layan extreme game macam ni. Tapi bagi yang memang fanatik dengan adventure game tak perlu rasa kecewa. Pasti terubat kalau korang layan indoor game. Extreme jugakla.

Setelah melalui perjalanan hampir 2km & mengambil masa 10 minit akhirnya kami pon sampai ke destinasi, GENTING HIGHLADS. Memang banyak perubahan. Suhu sejuk pon terasa sangat dah mungkin kerana faktor pembangunan sekeliling. Kalau dulu kena pakai sweater, kami relax je pakai baju jalan biasa-biasa. Serius memang tak sejuk sangat pon. Opiz CikZa lagi sejuk rasanya. Tapi taktau la cuaca malam camna kan sebab kami stay GH sampai pukul 3 petang je. Kaki dah penat tawaf, rasa nak tercabut kepala lutut.










Okla nak tulis apa lagi eh. Nak siapkan entri ni je pon ambik masa berhari. Ermmm. Kalau korang jenis layan gamae-game extreme ni memang sesuai la sangat layan kat SKYTROPOLIS. Beli tiket pakej main unlimited je sorang rm60. Main sampai muntah. Kalau nak main by ride, caj rm10 untuk weekdays, rm15 untuk weekends/public holidays. Pilihla ikot bajet korang.





Same gak kalau nak masok rumah hantuke, tengok dinasour ke, 3D Dimensi kesume tu ade pakej. Lebih jimat. Korang boleh refer harga tiket yang CikZa yang sempat snap tu untuk panduan.

Puas dah explore GH, kaki dah penat, badan dah letih...singgah kejap beli Hot & Rolls. Harga kat sini memang sekali ganda mahal dari biasa. Oder parata sate, parata sosej (2) & crunchy peanut, total rm30. Ambik ko. Haha.

Selesai alas perut baru kami gerak balik naik cabel car. Time balik tak ramai orang so no stress. Sume berjalan lancar. Sebelum balik sempatlah bergambar kenangan di GPO (Genting Premium Outlet). Tak shopping pon sebab takdela dalam planning. Cuci mata je.


Syukur alhamdulillah. Kami selamat sampai Rawang oukul 5 petang. & singgah makan di Sg. Choh kerana memasing dah kelaparan. Haha.

Actually niat CikZa plan bawa anak-anak pegi GH sebenarnya untuk depa merasakan pengalaman sendiri & menyimpan kenangan sepanjang berada di sana. Perbelanjaan kat sana memang terkawal. Tapi kalau korang nak rasa puas hati & try sume yang ada kat GH, atleast korang kena spend rm150/sorang tak termasok makan & shopping. Mujurlah anak-anak pon kecik lagi so depa main game yang ringan-ringan je la macam bumper car. Nak ajak masok rumah hantu, Cik Asben pulak taknak. Ermmm kecewa pulak CikZa.

Parking caj untuk sejam rm4 jangan lupa bayar kat mesin sebelum keluar. Jangan lupa snap gambar tempat park kete korang takot terlupa macam kami. Jenuh mencari. Haha.

Summary budget expenses
1. Minyak kereta - rm20 (pegi balik)
2. Tiket skyway - rm80 (5 orang pegi balik)
3. Bumper ride - rm45 (3 orang)
4. Hot & Rolls - rm30 (4's)
5. Parking - rm20 (5 jam)
6. Makan petang - rm37

Total - rm232.00

- The End -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN SAYA