Rabu, 22 Julai 2015

TARBIYAH SENTAP Karya Menarik...!!!





Salam ceria blogger sume (^_^)
  Salam Syawal 1436 Hijrah...
Hari ni dah masuk Syawal yang ke-7...ada yang masih bermood raya...ada yang masih bercuti panjang...ada yang sibuk menguruskan & mengadakan open house...menziarah sanak sedara...bestnyer raya...Faiza tak ambik cuti lama just extend sampai hari Selasa je...Rabu dah menjalankan kewajipan sebagai staff MPS...tahun nie beraya ala kadar je bagi menghormati keluarga Kak Long (Abg Ipar disahkan Kanser Paru-paru berdasarkan entri sebelum ini)

Tengah syok berborak dengan adik-adik praktikal nie, Faiza ternampak buku yang betul-betul menarik minat untuk membacanya... TARBIYAH SENTAP!!!


 Membaca tajuknya saja dah cukup menarik...belum lagi explore isi kandungan bukunya...mesti lebih menarik...saat ni Faiza baru membaca helaian ke-5...hari ni juga Faiza cuba habiskan buku yang memiliki 229 mukasurat...very excited...hope Faiza dapat panduan & teladan dari perkongsian penulis yang juga penceramah muda ini, Adnin Roslan.


Antara kata-kata yang menarik kenapa Faiza nak baca buku nie...


Kepada siapa buku ini sesuai ditujukan...???

1. untuk org yang merasakan dirinya tak pernah buat dosa
2. untuk org yang merasakan dirinya tak pernah bertaubat
3. untuk org yang merasakan umur dia masih muda
4. untuk org yang terlalu over confident bhw taubatnya pasti diterima
5. untuk org yg hanya berpada dgn ilmu yg sedikit ttg taubat sedangkan taubat itu mempunyai rukun, syarat, halangan dan pendorong yang perlu kita tau
6. untuk org yg merasakan taubat adalah perkara remeh
7. untuk mereka yg nak bebas dari maksiat & dosa namun masih kabur ttg hakikat dosa & apakah cara utk meninggalkannya
8. untuk mereka yg mahu libatkan diri dlm dakwah tarbiah namun tak nampak jalan yg sebenar
9. untuk mereka yg dambakan kebahagian & ketenangan, yg baru merangkak ingin menuju hidayah dan perlukan bimbingan secara terperinci
10. untuk diriku sendiri yg masih byk cakap & tak serupa bikin

Sahabat-sahabat yang berminat untuk dapatkan buku ni bolehla dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan dengan sahabat ataupon cawangan POPULAR dengan harga serendah RM25.00 je...

Nukilan
- FAIZA MANSOR - 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN SAYA