Selasa, 16 Jun 2015

APC 2014 MilikKu...Syukur Alhamdulillah!!!







Salam ceria blogger sume (^_^)

 Saat Faiza menulis entri nie, wajah manis dgn senyuman tak pernah lekang dari bibir...maklumlah sangat terharu dengan rezeki yg Allah swt berikan...

15hb. Jun, 2015...
Terlakarlah kenangan dimana Faiza telah dianugerahkan sebagai Pekerja Cemerlang dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014.
Syukur sangat...setelah 5 tahun berkhidmat di Jabatan Perancang Bandar, MPS akhirnya diberi penghargaan dgn majlis yg cukup gilang gemilang serta dirasmikan oleh Dato' SUK sendiri...Alhamdulillah...

Mungkin inilah kenangan yg dapat Faiza sisipkan sebelum ditukarkan Jabatan lain atau menjadi Housewife sepenuh masa...(dalam planning) heee...










 

Dikesempatan ini Faiza nak ucapkan terima kasih kepada semua yg telah memberikan sokongan baik secara langsung ataupon tidak langsung...kepada orang perseorangan...juga kepada semua ahli keluarga yang tak jemu2 memberikan galakkan & memahami Faiza seadanya...







Sekalung tahniah juga kepada sahabat2 seangkatan yg berjaya dalam perkhidmatan masing2...

Terima kasih juga kepada semua staff Jabatan Perancang Bandar, MPS yang telah mengadakan Majlis Kesyukuran bagi meraikan APC & menyambut Ramadhan Al Mubarak pada esok harinya, 16hb. Jun, 2015.






Lastly...Faiza nak ucapan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam seluruh dunia yg akan menyambutnya pada 18hb. Jun, 2015...smoga kita dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh keberkatan & keinsafan...
Salam Kemaafan buat semua yang mengenali...

Nukilan
- FAIZA MANSOR -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN SAYA