Selasa, 16 September 2014

Selamat Hari MALAYSIA






بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 51. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Bermula dari tahun 2010, Negara Malaysia menyambut satu lagi hari bersejarah iaitu Sambutan Hari Malaysia pada setiap 16 September dan telah digazetkan sebagai hari cuti umum diseluruh negara.

Pada 16 September 1963 tertubuhnya Persekutuan Malaysia dengan gabungan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk sebuah negara yang dipanggil Negara Malaysia.

Pemasyhuran Malaysia sebagai sebuah negara telah dilakukan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dengan membacakan Pemasyhuran Negara Malaysia di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963.

Sedikit catatan sejarah kewujudan Malaysia untuk dikenang semula. Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 51 kepada seluruh warga negara Malaysia dan selamat bercuti.... :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN SAYA