Rabu, 16 Julai 2014

Wanita Steering Lock







Bismillah...

Astaghfirullah...
Newsfeed byk kluar pasal isu wanita yg berlagak samseng dgn steering lock...
Ramai yg x berpuas hati dgn tindakan wanita yg berlaku seperti di luar batas seorang wanita sehingga pelbagai kecaman yg diterima...
Masya Allah...
Dunia akhir zaman...tiada kelembutan bak Siti Aisyah lagi...
'Dont judge a book by its cover'
Kadang2 cantiknya wanita itu x menjamin kecantikan akhlaknya...
Semoga apa yg berlaku menjadi teladan kpd wanita tersebut & kita sbg manusia yg berakal, gunakanlah pendekatan berhemah utk memberi pengajaran kpd wanita tersebut dgn budi pekerti & cara yg sewajarnya...
Wallahualam...
 

Tindakan seorang Muslimah yang gagal menahan kemarahannya apabila keretanya dilanggar dari belakang dengan memarahi lelaki tua itu bukannya ajaran Islam dan perlu diperbetulkan.

Namun adakah cara masyarakat kita 'share' link video dan blog dengan caption memaki hamun dan dalam masa yang sama turut mengundang 'friends' FB kita utk memaki hamunnya itu ajaran Islam? Jawapannya tidak. Apakah mencari data peribadi Muslimah tersebut serta melondehkan segala 'link' peribadinya itu ajaran Islam?

Ya tindakannya memarahi lelaki tua tersebut agak melampau & perlu diperbetulkan TETAPI adakah itu menjustifikasi tindakan kita memaki hamun serta mencacinya itu adalah betul? Sukakah kita apabila kesilapan kita dirakam tanpa diketahui lalu dikongsikan serta dilondehkan segala gambar dan data peribadi dan dicaci maki oleh masyarakat? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya tetapi terlajak 'post' masih boleh dipadamkan. Pilihan di tangan kita. Ingatlah sabda Nabi Muhammad s.a.w;

“Wahai sekalian orang yang hanya berislam dengan lisannya namun keimanan belum masuk ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, jangan pula kalian memperolok mereka, dan jangan pula kalian menelusuri mencari-cari aib mereka. Karena barangsiapa yang mencari-cari aib saudaranya niscaya Allah akan mencari-cari aibnya, dan barang siapa yang aibnya dicari-cari oleh Allah niscaya Allah akan mempermalukan dia meskipun dia berada di dalam rumahnya sendiri.”
[HR. Abu Daud no. 4236 dan At-Tirmizi no. 2032]

Sikap terlalu kreatif manusia kadang-kadang melampau batas

 Facebook Kiki telah digodem (diboikot) oleh individu yg tidak bertanggungjawab...
Inikah sikap umat Islam sebenar...???

Dimaklumkan bahawa Uncle Seam tu dah pon maafkan Kiki yg faham pada ketika itu x dapat mengawal perasaan amarah yg teramat sangat...
Kiki pon dah minta maaf secara terbuka...
Yg menjadi persoalannya...kenapa kita yg suka/cepat melatah...
Bukan bersikap tidak mengambil tahu sekeliling tapi kadang2 kita juga berlebih2 dr yg sepatutnya...

Moga semua ni jadi pengajaran kepada Kiki, Uncle Seam & kita semua agar sentiasa muhasabah diri...
Wallahualam


LOVE,
PM/Call/SMS/WhatsApp/WeChat FAIZA 018-393 9083
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN SAYA