Syukur Alhamdulillah ku panjatkan padamu Ya
Allah atas rahmat dan hidayahmu kerana telah dikurniakan seorang bayi
lelaki comel yang selamat dilahirkan pada 10/11/2009.
Walaupun lahir
tidak cukup bulan diusia kandungan baru memasuki 33 minggu, bayi yang diberi nama Mohammad Fahmi Muhd Rashid
telah selamat dilahirkan secara normal dari dalam rahimku walaupun ketika itu
berat hanya 2.31kg. Sungguhpun kehadiranmu pada ketika itu tidak
dirancang kerana pada ketika itu umur Along Faiz baru setahun, tapi aku pasti ada hikmah disebalik anugerah Allah yang
tidak ternilai ini.
Hari ini, 10/11/2012 genaplah usia anak mama 3 tahun.
Dah besar dah anak mama!!!
Walaupun Fahmi (Angah) antara
yang paling kecik (ikut baka babah kot, kurus) dikalangan adik beradik,
tapi Fahmi la antara anak yang paling berdikari.
SELAMAT HARI
LAHIR SAYANG ♥
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh, berbakti kpd ibu bapa,
berguna kepada agama, bangsa & negara.
CALL / SMS : 012-923 0825 (FAIZA)
EMAIL : nfm_83@yahoo.com


Tiada ulasan:
Catat Ulasan