Ahad, 26 Ogos 2012

Perginya Tak Kembali...




Sedang seronok menyambut kemeriahan berhari raya, tiba-tiba pada hari raya ke-6 bersamaan hari Jumaat, 24hb. Ogos, 2012 kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian Wan (panggilan nenek sebelah abah) kerana Strok.

Arwah telah meninggalkan suami, 5 anak lelaki & 26 cucu pada usia 76 tahun di Hospital Kuala Pilah, N. Sembilan setelah 4 tahun menderita kerana penyakit tersebut.

Fieza sekeluarga segera bertolak ke kampung selepas mendapat berita tersebut bagi menziarah arwah buat kali terakhir. Alhamdulillah pada hari raya pertama lepas kami sempat beraya dengan arwah wan dan arwah meninggal dunia disaat semua anak-anak dan cucu-cucunya berkumpul. Hikmah Hari Raya. Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat.

Semga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah


'Dari-Nya Kita Datang & Kepada-Nya Jua Kita Kembali'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN SAYA